Sunday, May 3, 2009

PENDAHULUAN


PENDAHULUAN

Salam Sejahtera,

Koperasi Peneroka Felda Sungai Sayong Berhad telah ditubuhkan pada 14.12.1973 dengan nama SYARIKAT KERJASAMA SERBAGUNA FELDA SUNGAI SAYONG BERHAD. Sesuai dengan perkembangan kemajuan koperasi pada masa itu maka pada 08.12.1995 koperasi telah mengadakan mesyuarat agung pindaan undang-undang kecil dan telah mengubah nama koperasi tersebut kepada KOPERASI PENEROKA FELDA SUNGAI SAYONG BERHAD. Pihak pendaftar koperasi telah pun meluluskan pindaan undang-undang kecil tersebut pada 03.07.1996.

Dalam era Negara menuju wawasan 2020, selari matlamat koperasi meningkatkan taraf ahli-ahlinya maka pengembangan dan operasi koperasi terus dipacu untuk menjadi koperasi yang berdaya maju.

Sehubungan dengan itu, berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, koperasi mengabungkan ciri-ciri keushawanan dan etika kerja professional bagi menyambut cabaran era globalisasi.

Dalam apa jua bidang yang koperasi ceburi teknik pengurusan projek yang berkesan, perhatian terhadap spesifikasi dan semangat kerja yang mantap menjadi teras utama menghasilkan kerja yang bermutu.

Adalah menjadi harapan seluruh warga koperasi khususnya penyambung generasi peneroka di Felda Sungai Sayong untuk menjadikan pembangunan koperasi sebagai satu wadah untuk menaikkan taraf kehidupan peneroka khususnya dalam pembangunan ekonominya.

Diharap koperasi ini juga sebagai pencetus melahirkan masyarakat berdaya saing dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat peneroka Felda itu sendiri. Semoga harapan ini dapat dijadikan kenyataan dalam menuju Masyarakat Peneroka Glokal.
WISMA JKKR-UMNO
FELDA SUNGAI SAYONG
81000 KULAI JAYA
JOHOR DARUL TAKZIM
TEL/ FAX : 07 8977213
e mail : kopesa@streamyx.com